Swing Copters : Permainan Baru Dari Pencipta Flappy Birds Diperlihatkan

Swing Copters : Permainan Baru Dari Pencipta Flappy Birds Diperlihatkan

Diterbitkan pada Ogos 19, 2014 oleh .

Febuari lalu beberapa gambar tertiris yang menunjukkan permainan baru yang sedang dibangunkan oleh pencipta Flappy Birds Dong Nguyen. Hari ini sebuah trailer Swing Copters rekaan beliau diperlihatkan.Ā  Swing Copters memerlukan anda mengawal sebuah helikopter yang terbang ke atas sambil mengelak bandul yang berayun. Rekaan grafik 8 bit Flappy Bird dikekalkan dan permainan ini kelihatan mencabar seperti permainan Dong Nguyen sebelum ini.

Swing Copters boleh dimuat-turun 21 September ini secara percuma. Tetapi anda mempunyai pilihan membayar USD 0.99 untuk membuang iklan yang tertera pada bahagian atas skrin peranti. Adakah anda tertarik dengan permainan ini? Kami sehingga kini masih bermain dengan Flappy Bird kerana ianya aplikasi permainan yang gemar kami mainkan ketika bosan. Sehingga hari ini juga kami masih gagal mengalahkan markah tertinggi yang dicatatkan oleh Aman Firdaus dan Arib Ismail di carta Amanz Network. Swing Copters turut menyokong Google Play Games dan kami yakin sekali lagi anggota redaksi Amanz akan berlumba – lumba mendapatkan tangga paling atas sekali untuk Swing Copters


TIPS & ULASAN