Cari @ Amanz

Sony sedia menawarkan telefon pintar Xperia M2 di pasaran tempatan, dan hari ini pengeluar telefon dari Jepun tersebut turut memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar baru dibawah keluarga yang sama – dinamakan sebagai Xperia M2 Aqua.

Xperia M2 Aqua

Xperia M2 Aqua menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 400 1.2GHz, skrin bersaiz 4.8-inci, kamera belakang 8-megapixel, serta turut hadir dengan sokongan LTE terbina padanya.

Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah sokongan kalis air terbina padanya – lebih kurang sama seperti beberapa peranti lain dibawah Sony. Xperia M2 Aqua ini membawakan sokongan kalis air pada kadar IP65/68 dan boleh dikatakan antara yang tertinggi buat masa ini pada telefon pintar. Fungsi popular lain seperti sokongan rakaman Superior Auto, dan juga Battery Stamina Mode turut hadir pada peranti ini.

Xperia M2 Aqua ini akan dipasarkan di beberapa negara, termasuk di Asia Pasifik tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd