Kemaskini Perisian Asus Zenfone 5 Membawakan Fungsi USB On-The-Go

Kemaskini Perisian Asus Zenfone 5 Membawakan Fungsi USB On-The-Go

Diterbitkan pada Ogos 19, 2014 oleh .

Baru-baru ini pihak Asus malaysia telah menawarkan kemaskini perisian buat peranti Asus Zenfone 5. Berbanding dengan kemaskini terdahulu yang menambah-baik peranti ini, kemaskini kali ini menambah fungsi kamera dan juga turut membawakan fungsi USB On-The-Go yang dinantikan ramai.

zenfone5-usbotg

Melalui kemaskini sebesar 30MB ini, antara fungsi lain yang turut ditambah termasuklah pencerahan kulit dalam penyuntingan gambar, dua resolusi tambahan untuk penangkapan gambar, dan menambah kestablilan sistem dari segi aplikasi pihak ketiga.

Semak kemaskini Zenfone 5 dengan cara pergi ke menu Settings > About > System Update hari ini, dan dengan sokongan USB On-The-Go, anda boleh membaca maklumat, memainkan lagu dan video, terus dari pemacu USB anda.

Tips awal terima kasih kepada Ashraf Halib.

TIPS & ULASAN