Asus Berkongsi Teaser Untuk IFA 2014 – Jam Tangan Pintar?

Asus Berkongsi Teaser Untuk IFA 2014 – Jam Tangan Pintar?

Diterbitkan pada Ogos 20, 2014 oleh .

Asus telah diperkatakan beberapa kali yang mana mereka akan hadir dengan jam tangan pintar berasaskan Android Wear. Kini, melalui akaun Twitter rasmi mereka, Asus memperlihatkan sebuah teaser ringkas dengan fokus terhadap perkataan “masa”.

Asus IFA 2014

Melalui gambar teaser yang diterbitkan mereka, sebuah peranti dengan saiz seumpama segi empat sama diperlihatkan pada bahagian belakang.

Jam tangan pintar berasaskan Android Wear menjadi fokus beberapa pengeluar pada tahun ini, dimana LG, Samsung dan Motorola telah mengeluarkannya. Dalam beberapa bulan akan datang, lebih banyak pengeluar dijangka menyertai mereka, dan mungkin Asus akan memperkenalkannya pada IFA 2014 kelak.

Sama-sama kita nantikan sama adaAsus akan membawakan kejutan dan sebagainya pada jam tangan pintar terbaru mereka ini?


TIPS & ULASAN