Cari @ Amanz

Google sebelum ini telah sedia menawarkan beberapa aplikasi mereka untuk pengguna iPhone, dan hari ini mereka turut menerbitkan sebuah lagi fungsi dari Android ke pengguna iPhone – iaitu aplikasi rakaman gambar Photo Sphere.

Google Photo Sphere

Menggunakan aplikasi rakaman gambar Photo Sphere ini, ia membolehkan pengguna merakamkan gambar 360º, sekaligus berkongsi ia dengan yang lain melalui Google Maps. Untuk merakamkan gambar, pengguna perlu mengerakkan kamera ke bahagian yang ditunjukkan, dan seterusnya gambar akan dirakamkan pada pelbagai posisi – dan ia digabungkan untuk dilihat dalam bentuk yang menarik.

Aplikasi Photo Sphere ini hanya boleh digunakan oleh peranti yang menjalankan iOS 7.0, dan pengguna memerlukan iPhone 4S dan terkini untuk menggunakannya.

Bagi pengguna iPhone, anda boleh memuat-turun aplikasi ini dari Apple AppStore hari ini, dan mencuba sendiri pengalaman rakaman 360-darjah yang dibawakan oleh Google.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd