Parallel Desktop untuk Mac merupakan salah satu perisian yang boleh dikatakan agak popular dikalangan pengguna OS X, membolehkan mereka menjalankan perisian Windows pada OS X tanpa perlu reboot dan sebagainya, serta mengakses perisian Windows terus dari dock.
Terkini, pembangunnya telah mengumumkan Parallels Desktop 10 untuk Mac, dimana bersama-sama dengannya ia menyertakan sokongan untuk OS X 10.10 Yosemite yang bakal hadir tidak lama lagi.
Disamping itu, Parallels Deskotp 10 turut menawarkan lebih fleksibiliti dalam pemasangan virtual machine – termasuk hadir dengan sokongan drag-drop padanya.
Secara keseluruhan, versi baru ini turut menyertakan kebolehan membuka dokumen Windows lebih 48% pantas, disamping menawarkan masa penggunaan bateri sebanyak 30% lebih lama berbanding sebelumnya. Virtual Machine juga kini menggunakan memori Mac yang lebih sedikit, disamping menyertakan beberapa pengoptimasian lain.
Bagi pengguna Parallels Desktop 8 dan 9, anda boleh menaik-taraf ke versi terkini pada harga tambahan $49.99, sementara untuk pengguna baru, ia bakal ditawarkan pada harga $79.99.
http://www.youtube.com/watch?v=wy2-2VOhYFc