YesLife Web Dikemaskini – Antaramuka Baru, Hadir Dengan Sokongan Panggilan Suara HD

YesLife Web Dikemaskini – Antaramuka Baru, Hadir Dengan Sokongan Panggilan Suara HD

Diterbitkan pada Ogos 20, 2014 oleh .

Bagi pengguna perkhidmatan Yes4G, mungkin anda sedia mengenali akan perkhidmatan tambahan yang ditawarkan mereka, dinamakan sebagai Yes Life Web. Melalui perkhidmatan berasaskan web tersebut, ia membolehkan pengguna mengakses emel, menghantar dan menerima SMS, serta membuat dan menjawab panggilan.

YesLife Web

YesLife Web

Terkini, selepas lebih kurang 2 tahun memperkenalkan perkhidmatan tersebut, pihak Yes memberikan kemaskini antaramuka, disamping menyertakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya.

Kini, melalui halaman utama YesLife Web, pengguna boleh melihat kemaskini dari pelbagai web, termasuk akaun emel mereka, SMS dan juga panggilan telefon. Butang panggilan juga diposisikan pada bahagian atas untuk memudahkan pengguna membuat panggilan telefon menggunakan antaramuka web mereka.

Disamping itu, kini pengguna turut boleh menikmati panggilan suara dalam bentuk HD dilakukan terus menggunakan perkhidmatan web mereka.

Bagi anda yang mempunyai akaun Yes, anda boleh mengakses perkhidmatan YesLife Web ini, dan mencuba sendiri beberapa fungsi baru yang dibawakan olehnya.

Layari : YesLife Web


TIPS & ULASAN