Selfies Diharamkan Di Beberapa Pantai Di Perancis

Selfies Diharamkan Di Beberapa Pantai Di Perancis

Diterbitkan pada Ogos 21, 2014 oleh .

Mufti mungkin ada mengeluarkan fatwa bahawa mengambil Selfie itu adalah harus bergantung kepada niat si pengambil. Tetapi di pantai Garoupe yang terletak di Selatan Perancis aktiviti mengambil selfie kini diharamkan. Pengharaman ini akan dikuatkuasakan selama 2 minggu bagi mengurangkan lambakan selfie yang diambil di pantai ini. Terlalu ramai pelancong daripada Britain datang ke pandai ini untuk menunjuk – nunjuk kepada teman dengan mengambil gambar selfie. Ini mengakibatkan ianya juga dikenali sebagai braggie di Britain.

Selain pengharaman mengambil gambar narsis, beberapa selebriti yang dikesan mengambil terlalu banyak selfie juga akan diharamkan dari kawasan pantai. Tindakan drastik ini diambil oleh pihak penguatkuasaan tempatan kerana aktiviti mendatangkan perasaan jelek di kalangan pelancong yang datang untuk bersanggeraha. Pengharaman selfie di pantai ini mengingatkan kami kepada pengharaman penggunaan tablet di Stadium Old Trafford Manchester United. Nampaknya masyarakat sekarang sudah mula membantah penggunaan sosial media yang berlebihan tanpa mengira tempat. Adakah ini tindakan pengharaman ini perlu? Kalau di Malaysia kami rasakan selfie perlu diharamkan di tanah perkuburan. Hari Raya yang lalu terdapat terlalu banyak selfie di tanah perkuburan sehingga mengakibatkan seorang pengguna Twitter dicela kerana kelihatan terlalu ceria ketika melawat pusara keluarga beliau.

selfies-banned

Sumber Mirror


TIPS & ULASAN