Cari @ Amanz

Cabaran baldi ais ataupun Ice Bucket Challenge bagi menaikkan kesedaran penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis kini menjadi viral di media sosial. Selebriti ternama seperti Lionel Messi, Bill Gates dan Tom Cruise sudahpun mengambil cabaran ini dan menderma kepada tabung kajian penyakit ini. Sabtu lalu Corey Griffin, salah seorang pencipta cabaran ini meninggal dunia selepas lemas ketika melakukan aksi lasak di sebuah tasik di Nantucket Massachusetts.

Corey dilaporkan melompat dari sebuah sebuah restoran ke dalam tasik berhampiran kerana ianya aktiviti yang kerap dilakukan pengunjung. Selepas melompat pada jam 2 pagi beliau dilaporkan tenggelam dan selepas diselamatkan meninggal dunia di hospital.  Cabaran baldi ais dimulakan oleh Correy bagi mengumpul dana membantu kawan beliau Pete Frates yang menghidap penyakit ini. Setiap peserta harus menderma sebanyak 10 Dollar kepada tabung kajian penyakit ALS dan kemudian mencalonkan 3 nama untuk melakukan cabaran yang sama. Sebelum meninggal dunia Corey Griffin sudahpun berjaya mengumpul lebih daripada 100 000 Dollar untuk Pete Frates dan 22.9 Juta Dollar untuk tabung kajian ALS.  Video yang dimulakan beliau kemudian menjadi viral dan aktiviti menyimbah ais pada tubuh kini menjadi ikut-ikutan pengguna internet seluruh dunia. Di Malaysia cabaran ini sudahpun dilakukan oleh Maxis dan Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaludin. Takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga mendiang.

265941_1280x720

Sumber Independant

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd