Cari @ Amanz

Tablet boleh dikatakan menarik perhatian ramai pengguna seluruh dunia pada tahun ini. Mengikut data terbaru yang dikeluarkan oleh GFK, sebanyak lebih 630,000 tablet telah terjual di Malaysia sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Seluruh negeri di Malaysia dikatakan memperlihatkan peningkatan jualan, dan sekitar Lembah Klang, ia memperlihatkan hampir 53% daripada jumlah tersebut terjual.

Jikalau dilihat dari segi saiz, hampir 81% tablet yang dibeli bersaiz 8.9-inci atau lebih kecil, dan 29% adalah tablet bersaiz 10-inci dan ke atas.

Selain daripada saiz skrin, pengguna juga dilihat tertarik dengan tablet yang hadir dengan sokongan LTE, dimana sebanyak 98,000 unit yang terjual pada tempoh tersebut adalah yang hadir dengan sokongan rangkaian LTE atau 4G.

Pada tahun ini juga, GFK mengatakan harga tablet mengalami penurunan sedikit berbanding pada tahun lepas, sekaligus menjadikan ia salah satu sebab yang mendorong kepada peningkatan penjualan tablet jikalau dibandingkan dengan tahun lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd