Vine Kini Membolehkan Anda Mengimport Video Dari Galeri

Diterbitkan pada Ogos 21, 2014. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vine hari ini mengemaskini aplikasi mereka, dimana melalui kemaskini yang disertakan, salah satu perkara yang menjadi fokus utama adalah kebolehan untuk mengimport video yang sedia dirakamkan dari galeri, dan menyuntingnya sebelum berkongsi di Vine.

Vine

Disamping itu, ia kini turut menyertakan kebolehan untuk undo ketika penyuntingan, disamping membolehkan pengguna melihat sesuatu Vine sebelum diterbitkan kepada umum dengan mudah.

Kemaskini ini dilihat diperkenalkan secara berperingkat, dimana pengguna iOS boleh menggunakannya bermula hari ini. Kemaskini sama untuk pengguna Android dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Muat-Turun Vine untuk iOS

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami