Cari @ Amanz

MaGIC iaitu Malaysian Global Innovation & Creativity Center telah melanjutkan tarikh tutup permohonan untuk menyertai Program MaGIC e@Stanford. Program selama dua minggu pada bulan November ini bertujuan untuk membawa dua pengasas dari 20 startup yang terpilih untuk terbang ke Silicon Valley dan belajar dari pensyarah serta usahawan dari Universiti Stanford. Pada minggu kedua mereka berpeluang untuk menemui dan berhubung dengan pelbagai startup di Silicon Valley.

e@Stanford Program | MaGIC copy

Sebanyak 20 startup dicari dimana 10 daripadanya akan dipilih dari permohonan terbuka MaGIC, dan 10 lagi akan dipilih berdasarkan cadangan dan sokongan dari rakan kerjasama MaGIC antaranya Cradle, 1337 Accelerator dan MAD Incubator. Bagi menyertainya, pemohon perlu mengisi borang permohonan online yang disediakan serta menghantarkan slaid berkenaan startup mereka. Pemohon juga perlu menghasilkan video pitch kurang dari 90 saat untuk menceritakan berkenaan startup mereka.

Startup yang dicari MaGIC mestilah

  • telah membuat penilaian berkenaan pengguna sasaran
  • mempunyai produk atau perkhidmatan yang berpotensi untuk berkembang luas seluruh dunia
  • mempunyai pengasas dengan kewarganegaraan Malaysia
  • hadir ke kursus 5 hari MaGIC Startup Academy
  • hadir ke pitch akhir pada bulan Oktober
  • boleh terbang ke Amerika Syarikat pada bulan November
  • untuk permohonan terbuka melalui MaGIC, peserta mestilah mempunyai masa pada bulan September atau Oktober untuk menghadiri kursus kelolaan MaGIC dan melengkapkan kursus Stanford Design Thinking.

Terdapat dua peringkat permohonan dimana untuk peringkat pertama selepas startup dan pengasas disenarai pendek, mereka perlu membayar RM500 untuk startup mereka dan akan menerima kursus tertentu yang disediakan MaGIC. Mereka juga turut akan memperoleh kemasukan selama 5 hari untuk MaGIC Startup Academy, dan boleh menggunakan kemudahan yang disediakan MaGIC. Pengasas juga turut akan memperoleh kursus Design Thinking atas talian yang disediakan Stanford bernilai USD 1000 seorang.

Seterusnya untuk peringkat kedua, dari startup yang terpilih pada peringkat pertama, mereka akan melalui proses pitching untuk memilih 20 startup yang layak ke Silicon Valley. Buat setiap pengasas startup, mereka perlu membayar harga urusan visa ke Amerika Syarikat dalam lingkungan harga RM530. Harga tiket penerbangan pergi dan pulang, penginapan serta insuran kembara akan disediakan oleh MaGIC.

Tarikh tutup permohonan telah dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2014. Program sebegini pastinya dapat membantu startup dalam menimba pengalaman terutamanya dalam mengembangkan aplikasi, produk atau servis ke peringkat global.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd