Swing Copters – Satu Lagi Permainan Menyakitkan Hati Dari Pembangun Flappy Bird Sedia Dimuat-Turun

Swing Copters – Satu Lagi Permainan Menyakitkan Hati Dari Pembangun Flappy Bird Sedia Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Ogos 21, 2014 oleh .

Swing CoptersFlappy Birds sebelum ini sedia popular kerana konsepnya yang membuatkan pengguna ketagih untuk memainkannya. Kini, pembangun permainan tersebut hadir dengan sebuah lagi permainan baru yang dinamakan sebagai Swing Copters.

Seperti permainan Flappy Birds, pengguna perlu mengawal watak seekor burung, dan mengelak pelbagai halangan yang hadir. Pengguna akan menerima markah berdasarkan setiap halangan – lebih kurang sama seperti permainan Flappy Birds.

Bagi anda yang ingin mencuba dan memainkannya, boleh memuat-turun permainan ini pada platform Android dan iOS secara percuma hari ini. Seperti biasa, ia turut hadir dengan sokongan pengiklanan – lebih kurang seperti permainan asal Flappy Birds.

Swing Copters

Muat-Turun Swing Copters untuk iOS

Muat-Turun Swing Copters untuk Android


TIPS & ULASAN