Opera Dan Microsoft Bekerjasama – Opera Mini Akan Hadir Terbina Pada Peranti Asha

Opera Dan Microsoft Bekerjasama – Opera Mini Akan Hadir Terbina Pada Peranti Asha

Diterbitkan pada Ogos 21, 2014 oleh .

Opera SoftwareOpera sedia popular dengan penawaran pelayar web mudah-alih mereka, Opera Mini. Hari ini, mereka mengumumkan kerjasama dengan pihak Microsoft, dimana melaluinya pelayar web Opera Mini akan hadir terbina pada peranti baru Asha.

Disamping itu, bagi pengguna pelayar web Nokia Xpress sedia ada, mereka turut akan melihat notifikasi untuk mengemaskini ke pelayar web Opera Mini.

Bersama-sama pengumuman kerjasama ini, pihak Microsoft turut menekankan yang mana mereka akan terus menjual telefon klasik dan feature phone ini melalui keluarga Asha – sekaligus membolehkan orang ramai menggunakan telefon bimbit pada harga rendah.

Opera turut mengatakan yang mana Opera Mini kini digunakan oleh lebih 250 juta pengguna seluruh dunia, dan lebih 100 juta daripadanya adalah pada peranti Android.


TIPS & ULASAN