Humble Mobile Bundle Untuk Android Dimulakan Dengan Penawaran Daripada SEGA

Humble Mobile Bundle Untuk Android Dimulakan Dengan Penawaran Daripada SEGA

Diterbitkan pada Ogos 21, 2014 oleh .

Humble Bundle merupakan salah satu perkhidmatan penawaran permainan popular, dimana pengguna boleh menetapkan harga tawaran untuk sesuatu permainan, dan mendapatkan beberapa permainan tambahan apabila ia mencapai harga purata yang disumbang ramai.

Humble SEGA Mobile Bundle

Terkini, mereka turut hadir dengan Humble Mobile Bundle yang khusus untuk Android, membolehkan pengguna menyumbang dan mendapatkan permainan dalam konsep sama – tetapi khusus untuk peranti Android.

Sebelum ini ia telah sedia menawarkan beberapa kali untuk pengguna Android, dan bermula pengenalan Humble SEGA Mobile Bundle ini, mereka akan menawarkan sejumlah permainan khusus untuk Android setiap dua minggu.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Humble Mobile Bundle hari ini.


TIPS & ULASAN