Microsoft Surface Pro 3 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Microsoft Surface Pro 3 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Ogos 21, 2014 oleh .

Microsoft Malaysia sedia mengatakan yang mana mereka akan menawarkan Surface Pro 3 di Malaysia pada bulan Ogos ini, dan kini, selari dengan pelancaran di beberapa negara berhampiran yang lain, Surface Pro 3 turut dijadualkan untuk pelancaran di Malaysia pada 28 Ogos ini.

Surface Pro 3

Harga Surface Pro 3
Core i3 64GB RM2729
Core i5 128GB RM3299
Core i5 256GB RM4199
Core i7 256GB RM4999
Core i7 512GB RM6779

Surface Pro 3 merupakan generasi ketiga komputer tablet daripada Microsoft. Sebelum ini mereka telah melancarkan Surface Pro, dan juga Surface Pro 2, tetapi generasi kedua berkenaan tidak memasuki pasaran tempatan.

Surface Pro 3 membawakan perubahan dari segi saiz skrin dan juga tenaga pemprosesan, selain menawarkan Kickstand yang boleh dilaraskan ke beberapa tahap.

Pihak Microsoft turut melengkapkan ia dengan Surface Pen untuk tujuan lakaran dan juga penulisan atas-skrin.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mula menyimpan duit, dan mendapatkannya apabila ia ditawarkan di Malaysia kelak.

Surface Pro 3

Surface Pro 3

Baca : Pandang Pertama Surface Pro 3


TIPS & ULASAN