Cari @ Amanz

Yes sedia menawarkan beberapa peranti melalui pakej mereka, dan terkini Yes bersama-sama pakej langganan mereka menawarkan tablet Acer Iconia One 7 yang dijana menggunakan Intel Atom secara percuma.

Yes Acer Iconia One 7

Tablet Acer Iconia One 7 yang ditawarkan ini membawakan skrin bersaiz 7-inci, dan hadir dengan cip Intel Atom Z2560 1.6Ghz). Ia turut menyertakan sokongan panggilan suara serta SMS, dan pengguna boleh menghubungkan dan menggunakannya seperti telefon dengan aplikasi Yes Life yang hadir terbina pada tablet berkenaan.

Tablet ini turut hadir dengan kamera hadapan dan belakang, disamping ruangan storan bersaiz 16GB, dan sistem operasi Android 4.4 KitKat.

Untuk mendapatkan tablet ini secara percuma, pengguna perlu membuat langganan Acer Iconia One 7 Super Postpaid Bundle, dimana ia turut hadir dengan Huddle XS, serta memerlukan pengguna melanggan perkhidmatan Yes selama 2 tahun.

Ia akan ditawarkan melalui Yes Stores dan juga Yes Exclusive Retail Partners seluruh dunia bermula 28 Ogos 2014 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd