Cari @ Amanz

Windows 9 daripada Microsoft telah dikatakan beberapa kali sebelum ini, dan kini, selari dengan laporan sebelumnya – Microsoft dikatakan akan memperkenalkan Windows 9 yang turut dikenali dengan nama kod “Threshold” pada 30 September akan datang ini.

Windows 8.1 Start Menu

Windows 9 ini dikatakan akan dioptimasikan dengan lebih baik untuk pengguna yang menggunakan komputer tanpa sokongan skrin sentuh – termasuk lebih fungsi pada bahagian desktop. Antaranya adalah termasuk sokongan Start Menu dengan kebolehan Live Tiles, dan juga sokongan untuk menjalankan aplikasi Metro pada tetingkapnya tersendiri di desktop.

Walaupun diperkenalkan pada tarikh tersebut, ia mungkin mengambil masa sehingga tahun hadapan sebelum ia ditawarkan kepada pengguna umum. Apa pun, pada tarikh yang sama, pihak Microsoft dijangka akan menawarkan versi pembangunan awalnya, sekaligus membolehkan pengguna dan pembangun bersedia untuknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd