Carian
EBay Dikatakan Ingin Mengasingkan Operasi PayPal
August 22, 2014 Aman

PayPalPayPal merupakan salah satu platform pembayaran terkemuka dunia, dan dimiliki oleh laman jual-beli popular, eBay. Mengikut laporan terkini, ia dikatakan yang mana eBay mungkin mengasingkan operasi PayPal daripada syarikat mereka – berkemungkinan seawal tahun hadapan.

Pengasingan PayPal dikatakan mungkin akan terus membuatkan PayPal berkembang secara positif – dan mungkin turut menarik beberapa pesaing eBay untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

Apa pun, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah pengasingan tersebut akan dilakukan, dan bagaimanakah ia akan beroperasi kelak. Pihak eBay masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaannya buat masa ini.

Sebelum ini, eBay pernah mengatakan yang mana platform pembayaran dan laman e-dagang perlu beroperasi dan bergabung dalam satu unit untuk berjaya. Mungkinkah pandangan eBay terhadap perkara tersebut berubah kini?

Komen