Cari @ Amanz

Oppo sebelum ini telah memperkenalkan beberapa peranti berspesifikasi tinggi mereka, dan terkini mereka menambah sebuah peranti baru dengan spesifikasi rendah, dinamakan sebagai Oppo Neo 5. Menariknya, peranti ini hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE, dan ditawarkan pada harga RM598.

Oppo Neo 5

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin bersaiz 4.5-inci dengan resolusi 854×480 pixel, cip pemprosesan Snapdragon 400 1.2Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan 4GB (dengan sokongan kad-SD sehingga 32GB), dan bateri berkapasiti 1900mAh.

Ia turut menggunakan kamera hadapan 2-megapixel, dan kamera belakang 5-megapixel. Telefon ini turut dilengkapi dengan ColorOS berasaskan Android 4.3 padanya.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkan Oppo Neo 5 ini daripada para pengedar rasmi Oppo seluruh negara bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd