PortableApps Platform 12 Hadir Dengan Pelbagai Sokongan Baru

PortableApps Platform 12 Hadir Dengan Pelbagai Sokongan Baru

Diterbitkan pada Ogos 23, 2014 oleh .

PortableAppsPortableApps merupakan salah satu perisian yang popular dikalangan mereka yang menggunakan storan berasaskan USB untuk menyimpan pelbagai jenis perisian dan dokumen untuk digunakan pada sebarang komputer – terutamanya pada komputer milik orang lain atau di kafe cyber.

Terkini, pembangunnya telah mengumumkan pengenalan Platform 12 untuk perisian tersebut yang hadir dengan pelbagai pembaharuan dan fungsi baru.

Antara fungsi baru yang hadir adalah termasuk kebolehan mematikan aplikasi secara automatik apabila anda ingin mengeluarkan storan USB anda. Disamping itu, Platform 12 turut menyertakan sokongan tema yang dikemaskini yang selari dengan Windows 8, kemudahan untuk melakukan carian, serta beberapa yang lain.

Pada masa yang sama, PortableApps juga kini dilihat menyertakan sokongan untuk membolehkan pengguna membuat pemasangan pada sebarang lokasi, termasuk pada komputer, storan USB, ataupun pada storan awan.

PortableApps Platform 12

Bersama-sama pengenalannya, pihak PortableApps turut mengatakan yang mana mereka akan mengeluarkan kemaskini seterusnya hampir setiap bulan – sekaligus menyertakan pelbagai fungsi baru kepada pengguna perisian tersebut.

Muat-Turun PortableApps


TIPS & ULASAN