Samsung Menerbitkan Teaser Baru Untuk Galaxy Note 4 – Memfokuskan Kepada Penulisan

Samsung Menerbitkan Teaser Baru Untuk Galaxy Note 4 – Memfokuskan Kepada Penulisan

Diterbitkan pada Ogos 23, 2014 oleh .

Samsung sedia menjadualkan sebuah acara khas pada 3 September kelak, dan hari ini mereka turut menerbitkan sebuah teaser baru untuk Galaxy Note 4 yang akan datang, dengan fokus terhadap penggunaan S-Pen untuk tujuan penulisan.

Seperti semua sedia maklum, Galaxy Note merupakan keluarga peranti daripada Samsung yang turut hadir dengan sokongan stylus yang dinamakan S-Pen. Penggunaannya boleh dikatakan menawarkan fungsi dan pengalaman seperti penggunaan pena sebenar, dan sesuatu untuk digunakan bagi tujuan lakaran, penulisan, pengambilan nota dan sebagainya.

Mengikut spekulasi dan beberapa laporan awal, Galaxy Note 4 dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan 2560×1440 pixel, menggunakan cip Snapdragon 805 (dan mungkin hadir dengan pilihan Exynos), dilengkapi memori 3GB atau 4GB RAM, dan turut hadir dengan kamera belakang 16-megapixel.

Dari segi rekaan fizikal, Samsung Galaxy Note 4 dilihat akan membawakan perubahan pada rekaannya, dan mungkin dilengkapi dengan bingkai berasaskan logam.

Apa pun, sama-sama kita nantikan sehingga 3 September ini untuk melihat apakah yang akan dibawakan oleh pihak Samsung kelak.

Galaxy Note 4


TIPS & ULASAN