Pengguna Lumia 525? Mari Kemaskini Ke Lumia CYAN Hari Ini

Pengguna Lumia 525? Mari Kemaskini Ke Lumia CYAN Hari Ini

Diterbitkan pada Ogos 23, 2014 oleh .

Microsoft telah mula memperkenalkan kemaskini Lumia CYAN kepada peranti-peranti Nokia Lumia sejak daripada bulan lepas, dan hari ini pengguna Lumia 525 di Malaysia telah mula menerima kemaskini tersebut.

Nokia Lumia 525

Seperti pada beberapa peranti lain, kemaskini ini membawakan sokongan Windows Phone 8.1, dengan fungsi baru seperti Action Center untuk melihat notifikasi, papan kekunci seumpama Swype yang dinamakan WordFlow, pembantu maya Cortana, dan pelbagai fungsi baru lain.

Bagi pengguna Lumia 525, anda boleh menyemak kemaskini pada peranti anda dengan ke laman Settings > Phone Update hari ini. Selain Lumia 525, kemaskini sama turut ditawarkan kepada Lumia 520, Lumia 625, Lumia 920, Lumia 925, Lumia 1020, Lumia 1320 dan juga Lumia 1520.


TIPS & ULASAN