Apple hari ini mengesahkan yang mana peratusan kecil unit iPhone 5 yang digunakan pengguna mungkin mempunyai masalah bateri – dimana iPhone 5 yang terlibat akan mempunyai jangka masa bertahan bateri yang amat pendek dan memerlukan pengguna mengecasnya dengan lebih kerap.
Menurut Apple, unit-unit iPhone 5 yang terlibat adalah unit yang dilancarkan dan dijual antara September 2012 hingga Januari 2013 lepas.
Untuk menyemak sama ada peranti anda terlibat ataupun sebaliknya, pihak Apple menyediakan sebuah halaman khusus dimana membolehkan anda memasukkan nombor siri, dan melihat sama ada iPhone 5 anda tersenarai dalam program gantian semula ini ataupun sebaliknya.
Program ini akan dimulakan oleh Apple bermula 29 Ogos ini, dan pengguna mungkin perlu membawanya ke pengedar Apple untuk menggantikan ia semula. Sebelum ini, pihak Apple turut pernah memulakan program gantian untuk butang kuasa iPhone 5 yang turut dilihat mempunyai masalahnya tersendiri.
- Semak : Gantian Semula Bateri iPhone 5