Kemaskini Android 4.4.3 Sedia Dimuat-Turun Pengguna HTC One M7 Di Malaysia
HTC

Kemaskini Android 4.4.3 Sedia Dimuat-Turun Pengguna HTC One M7 Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 23, 2014 oleh .

HTC one M7 UpdateAnda menggunakan HTC One 2013 (M7)? Terkini, ia dilihat kemaskini Android 4.4.3 untuk peranti berkenaan telah pun tersedia, membolehkan pengguna memuat-turun dan mengemaskini perisian pada peranti anda, serta menggunakan beberapa fungsi baru yang hadir bersama-sama dengannya.

Melalui kemaskini Android 4.4.3 ini membawakan kemaskini dari segi sekuriti OpenSSL, disamping, turut menyertakan kemaskini pada aplikasi kamera, galeri, dan juga HTC Sync Manager.

Bagi anda yang menggunakan HTC One M7, anda boleh menyemak kemaskini pada peranti anda hari ini, dan memuat-turun kemaskini yang bersaiz sekitar 605MB ini.


TIPS & ULASAN