Samsung Galaxy Mega 2 Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1299

Samsung Galaxy Mega 2 Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1299

Diterbitkan pada Ogos 24, 2014 oleh .

Samsung Galaxy Mega 2 masih belum diperkenalkan secara rasmi oleh pihak Samsung sehingga kini. Tetapi, ia kini dilihat telah mula dijual di pasaran tempatan oleh pihak Senheng, dan ia berharga RM1299 di Malaysia.

Samsung Galaxy Mega 2

Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy Mega 2 membawakan skrin bersaiz 6-inci, dilengkapi cip pemprosesan 1.5Ghz empat-teras, memori sebanyak 1.5GB RAM, ruangan storan 8GB dengan sokongan kad mikro-SD, dan juga kamera belakang 8-megapixel. Peranti ini dilihat menjalankan Android 4.4 KitKat, serta dilengkapi antaramuka Touchwiz. Melalui gambar yang dikongsikan, sokongan LTE juga dilihat disertakan pada peranti ini.

Ia agak mengejutkan apabila melihat Senheng telah mula menawarkannya di Malaysia, memandangkan pihak Samsung masih belum mengumumkannya secara rasmi sehingga kini. Mungkinkah Malaysia merupakan salah satu negara terawal yang menawarkan peranti ini kepada pengguna?


TIPS & ULASAN