LG Bakal Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Dengan Skrin Bulat Pada Awal September Ini

LG Bakal Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Dengan Skrin Bulat Pada Awal September Ini

Diterbitkan pada Ogos 24, 2014 oleh .

LG sebelum ini telah memperkenalkan LG G Watch berasaskan Android Wear, dan kini dilihat mereka turut akan hadir dengan jam tangan pintar kedua mereka pada acara IFA 2014 yang dijadualkan pada awal September ini.

Menariknya, melalui teaser ringkas yang diterbitkan LG pada laman YouTube mereka, ia memperlihatkan mereka akan hadir dengan jam tangan pintar dengan rekaan skrin bulat – lebih kurang sama seperti Moto 360.

Info penuh berkaitan dengannya masih tidak diketahui buat masa ini. Mengikut laporan awal, pihak LG dijangka akan memanggilnya sebagai LG G Watch R untuk jam tangan pintar baru ini. Buat masa ini, pihak LG seperti tidak memfokuskan pasaran Malaysia, dan tidak menawarkan sebarang peranti mereka secara rasmi untuk pasaran tempatan. Apa pun, ia tidak menghentikan penjual membawa masuk set luar dan menjualnya di Malaysia. LG G Watch dilihat ditawarkan oleh penjual tempatan pada harga sekitar RM825.

LG G Watch R

Pada IFA 2014 juga, beberapa pihak lain turut dijangka akan memperkenalkan jam tangan pintar mereka, termasuk pihak Asus.


TIPS & ULASAN