Cari @ Amanz

Astro merupakan salah satu perkhidmatan yang dilanggan oleh majoriti isi rumah di Malaysia. Hari ini, ia dilihat pihak Astro menghadapi masalah teknikal, mengakibatkan sejumlah saluran televisyen, dan radio menghadapi masalah.

Astro Down

Apakah masalah disebaliknya tidak dikongsikan oleh pihak Astro buat masa ini. Melalui akaun Facebook dan Twitter rasmi mereka, pihak Astro mengatakan mereka sedang dalam proses untuk mengatasi perkara tersebut. Pusat khidmat pelanggan juga dilihat menghadapi masalah untuk dihubungi buat masa ini.

Secara kasarnya, masalah ini dilihat dihadapi oleh Astro sejak daripada pukul 6 petang yang lepas, dan masih belum diatasi sehingga ke waktu ini.

  • Info
  • Kemaskini 21:00 : Ia dilihat perkhidmatan Astro telah pulih seperti sedia-kala
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd