Cari @ Amanz

Pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas (23 Ogos dan 24 Ogos), pihak SKMM dengan kerjasama pihak Media Prima Digital telah mengadakan acara hackathon selama 24 jam, yang mana memperlihatkan pelbagai aplikasi dibangunkan dalam tempoh tersebut.

Pemenang D3 2014

Hasil akhir daripadanya, sebanyak tiga aplikasi telah dipilih sebagai pemenang, yang mana setiap satunya membawa pulang hadiah wang-tunai dan beberapa hadiah tambahan.

Memenangi pertandingan D3 ini adalah aplikasi Last Words yang mana memfouskan kepada khidmat pesanan ringkas yang ditinggalkan sebagai pesanan akhir kepada mereka yang tercinta. Aplikasi ini berfungsi dengan pengguna menetapkan mesej kepada mereka yang tercinta, dan aplikasi tersebut akan menghantar mesej tersebut sekiranya mendapati pengguna tidak log masuk ke perkhidmatan tersebut selama hampir 30 hari.

Memenangi tempat kedua adalah aplikasi yang dinamakan sebagai Strand, yang mana memfokuskan untuk menghubungkan pendandan rambut kepada pelanggan dengan mudah.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh aplikasi yang dinamakan sebagai Lionheart yang mana ingin memudahkan pencarian pusat penerimaan derma terdekat mengikut jenis derma dan untuk memudahkan pengguna mengetahui program aktiviti kemasyarakatan.

Buat masa ini, kami tidak menemui lagi pautan muat-turun untuk ketiga-tiga aplikasi ini, dan mungkin ia akan diterbitkan untuk dimuat-turun tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd