Feedly Slider Diperkenalkan – Memudahkan Pembacaan Dan Perkongsian

Feedly Slider Diperkenalkan – Memudahkan Pembacaan Dan Perkongsian

Diterbitkan pada Ogos 25, 2014 oleh .

Feedly merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan RSS, membolehkan pengguna melanggan RSS, dan membaca ia melalui perkhidmatan tersebut dalam antaramuka yang menarik dan tanpa gangguan daripada elemen web lain. Terkini, mereka mengumumkan sebuah fungsi dan cara pembacaan baru dinamakan sebagai Feedly Slider.

Feedly Slider

Feedly Slider

Feedly Slider dilihat membuka sesuatu artikel atau bahan bacaan dalam bentuk Card tersendiri pada bahagian kanan laman dan membolehkan pengguna membacanya terus dengan mudah. Pengguna turut disediakan dengan sokongan untuk menyambung ke bahan bacaan lain terus melalui menu navigasi atau menggunakan kekunci pintas “j” atau “k”.

Pihak Feedly turut menekankan yang mana melalui rekaan baru ini, ia memudahkan lagi pengguna menemui artikel yang berkaitan dan selari dengan minat mereka, disamping membolehkan mereka berkongsi artikel yang dibaca mereka itu kelaman sosial lain dengan pantas.

Rekaan baru ini sedang diperkenalkan kepada semua, dan anda boleh mengawalnya melalui menu Preferences pada laman Feedly.

Layari : Perkhidmatan RSS Feedly


TIPS & ULASAN