Windows 9 Dikatakan Akan Menyertakan Sokongan Naik-Taraf Dengan Hanya Satu Klik

Windows 9 Dikatakan Akan Menyertakan Sokongan Naik-Taraf Dengan Hanya Satu Klik

Diterbitkan pada Ogos 25, 2014 oleh .

Windows “Threshold” atau Windows 9 dijangka akan diperlihatkan pada penghujung bulan hadapan. Ia bakal menyertakan beberapa fungsi baru, dan mengikut laporan terkini, pihak Microsoft turut dikatakan memberikan perhatian terhadap proses naik-taraf atau kemaskini sistem operasi Windows.

Windows 8.1 Start Menu

Melalui versi ujian awal kini, ia dikatakan menyertakan sebuah butang kemaskini, dimana pengguna boleh klik padanya dan ia akan menaik-taraf sistem operasi anda, tanpa perlu membuat pemasangan semula sistem operasi seperti sekarang ini.

Fungsi ini dilihat digunakan pada versi pembangunan, dan tidak diketahui sama ada ia akan diperkenalkan kepada pengguna umum ataupun sebaliknya.

Sekiranya ia diperkenalkan, maka mungkin kita akan dapat melihat pihak Microsoft kelak memperkenalkan kemaskini, patch dan sebagainya dengan lebih pantas kepada pengguna, sekaligus memudahkan proses kemaskini untuk semua pengguna.


TIPS & ULASAN