Cari @ Amanz

Line terus menambah penawaran akaun rasmi melalui perkhidmatan permesejan mereka, dan terkini mereka dilihat telah menambah akaun pasukan bola sepak popular – Manchester United didalam senarai akaun tersebut.

LINE Manchester United

Melaluinya, ia membolehkan pengguna untuk mengikuti pelbagai perkembangan rasmi pasukan bola sepak Manchester United terus pada peranti mudah-alih anda melalui aplikasi LINE.

Bagi mereka yang ingin menambah dan mengikuti akaun Manchester United di LINE, anda hanya perlu memasang aplikasi berkenaan, dan klik pada Official Accounts pada halaman utama, seterusnya tap pada butang “+” dan memilih Manchester United.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd