Cari @ Amanz

Samsung sebelum ini telah memperkenalkan konsep rekaan baru untuk telefon pintar mereka – bermula dengan Galaxy Alpha. Kini, ia dikatakan yang mana gergasi dari Korea Selatan tersebut akan memperkenalkan sebuah siri keluarga baru, iaitu siri-A yang mana memfokuskan kepada rekaan berasaskan logam.

Samsung Galaxy Alpha

Galaxy Alpha dikatakan merupakan telefon pintar pertama dibawah siri-A ini, dan pihak Samsung dijangka akan memperkenalkan sekitar dua lagi peranti baru dibawah siri tersebut dalam beberapa minggu akan datang.

Selain rekaan berasaskan kepada logam, pihak Samsung juga dijangka akan menawarkan kamera hadapan yang lebih baik berbanding kebanyakkan peranti berspesifikasi pertengahan lain – mungkin dengan fokus terhadap selfie.

Samsung Galaxy Alpha

Mungkinkah dengan konsep rekaan baru ini, ia bakal menarik lebih ramai untuk mendapatkan peranti Samsung selepas ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd