Cari @ Amanz

Beberapa minggu yang lepas, kita telah mendengar beberapa kali yang mana pihak Google berminat dan dalam perbincangan untuk mendapatkan Twitch pada harga sekitar $1 bilion. Sementara tiada berita lanjut daripadanya, kini agak mengejutkan apabila sebuah laporan baru hadir mengatakan Amazon turut dalam perbincangan akhir bersama-sama pihak Twitch.

Twitch

Seperti biasa, ia dilaporkan masih pada peringkat perbincangan, tanpa komen rasmi daripada kedua-dua pihak.

Untuk makluman, Twitch merupakan salah satu perkhidmatan penstriman permainan video, dimana menggunakannya para pemain boleh memperlihatkan permainan yang dimainkan mereka secara langsung kepada pengguna lain seluruh dunia. Twitch sebelum ini pernah dikatakan mempunyai lebih daripada 50 juta pengguna aktif seluruh dunia yang mengakses perkhidmatan tersebut setiap bulan.

Sekiranya pihak Amazon mengambil-alihnya, mereka akan mendapat akses kepada teknologi penstriman langsung yang sedia digunakan Twitch, disamping menambah angka pengguna dibawah perkhidmatan mereka. Mungkin juga kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya sekiranya pengambil-alihan ini benar-benar berlaku dan apakah perancangan Amazon dengan perkhidmatan Twitch kelak.

Jadi, mungkinkah pihak Amazon yang mengambil-alih Twitch berbanding jangkaan awal yang mana Google bakal mengambil-alihnya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd