Cari @ Amanz

Google sebelum ini telah memperkenalkan aplikasi Slides untuk pengguna Android. Kini, aplikasi yang sama turut telah diterbitkan untuk pengguna peranti iOS, sekaligus membolehkan mereka membuat penyuntingan dokumen persembahan dengan mudah.

Google Slides

Slides merupakan satu daripada koleksi aplikasi memfokuskan penyuntingan dokumen. Sebelum ini, pihak Google telah menerbitkan aplikasi Docs dan Sheets yang mana masing-masing boleh dikatakan merupakan alternatif kepada Microsoft Word dan Excel, sebaliknya Slides berfungsi lebih kurang seperti PowerPoint.

Menggunakan aplikasi Slides pada iOS ini, ia membolehkan pengguna membuat fail persembahan baru, menyunting fail sedia ada, berkolaborasi bersama rakan-rakan lain, disamping turut menyokong penyuntingan luar talian menggunakannya.

Bagi anda yang banyak mengakses dokumen pada peranti mudah-alih anda, mungkin boleh memuat-turun dan mencuba Slides ini pada iPhone dan iPad anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd