Cari @ Amanz

Kamera tahan lasak GoPro semakin banyak digunakan oleh peminat sukan lasak, juruvideo dan juga ketika melawat sanak saudara di Hari Raya. Kemampuan GoPro yang kalis air dan gegaran menjadikannya kamera paling versatil di pasaran sekarang. Melihat kejayaan GoPro, syarikat Polaroid juga kini menghasilkan kamera tahan lasak mereka sendiri yang diberi nama Cube. Cube mempunyai kamera sebesar 6 Megapixel dengan lensa sudut lebar 124 darjah yang mampu mengambil video 1080P dan gambar statik. Ia juga kalis air dan mampu tenggelam sehingga 2 meter. Menurut Polaroid bateri Cube mampu mengambil video selama 90 minit tanpa henti. Terdapat sebuah magnet pada bahagian bawah yang membolehkan Cube dilekapkan pada permukaan besi. Terdapat juga cagak -cagak khas seperti GoPro yang disediakan. Polaroid Cube sudah mula dijual pada harga 100 Dollar sebuah.

polaroid-cube-amanz2 polaroid-cube-amanz1

Sumber Polaroid

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd