Cari @ Amanz

Jabra merupakan salah satu jenama terkemuka, terutamanya dalam arena peranti telefon dan audio. Terkini, Jabra Malaysia telah memperkenalkan sebanyak empat peranti baru berasaskan Bluetooth yang terdiri daripada fon kepala dan fon telinga, iaitu Jabra Stealth, Jabra Storm, Jabra Step Wireless, dan Jabra Rox Wireless.

Jabra Stealth-2

Jabra Stealth ialah fon telinga dengan keupayaan Bluetooth 4.0 dan menyertakan sokongan NFC. Ia boleh dikawal dengan pengecaman suara, Jabra Assist dan turut mempunyai Noise Blackout yang boleh menapis bunyi bising. Jabra Stealth turut menawarkan waktu berbual sehingga 6 jam, selain turut menyertakan sebuah butang fizikal khas untuk mengaktifkan sokongan Siri pada iPhone atau Google Now pada Android.

Jabra Storm

Jabra Storm pula merupakan sebuah fon telinga yang turut hadir dengan penyangkut pada cuping telinga untuk keselesaan pengguna. Fon telinga ini turut menawarkan kebolehan yang sama seperti Jabra Stealth, dan membawakan masa penggunaan bateri sehingga 10 jam waktu berbual.

Jabra Step Wireless pula ditawarkan khusus bagi mereka yang aktif bersukan dan memerlukan fon telinga yang tahan lasak dan tidak akan tertanggal semasa melakukan aktiviti riadah. Ia hadir dengan sokongan untuk dihubungkan menggunakan sokongan Bluetooth, dan mempunyai waktu berbual sehingga 4 jam, dan masa bertahan bateri sehingga 144 jam.

Jabra Rox Wireless 1

Satu lagi peranti tanpa wayar yang diperkenalkan Jabra di Malaysia ialah Jabra Rox Wireless yang mempunyai rekaan yang elegan dan hadir dalam pilihan warna putih. Fon telinganya boleh melekap apabila tidak digunakan serta bateri yang boleh bertahan sehingga 5.5 jam dan mempunyai waktu bertahan sehingga 18 hari dengan sekali cas. Apabila kedua-dua fon telinga dilekap-kan, ia secara automatik akan mengaktifkan sokongan penjimatan tenaga untuk membolehkan ia bertahan lebih lama. Ia turut dilengkapi dengan piawaian IP52 yang mana kalis air dan debu.

Jabra Stealth dan Jabra Strom dijual pada harga yang sama iaitu RM 279 sementara Jabra Step Wireless pula dijual pada harga RM249. Jabra Rox Wireless yang hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih pula akan dijual pada harga RM469.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd