LG G3 Stylus Diumumkan Secara Rasmi – Peranti Bersaiz 5.5-inci Dengan Sokongan Stylus

LG G3 Stylus Diumumkan Secara Rasmi – Peranti Bersaiz 5.5-inci Dengan Sokongan Stylus

Diterbitkan pada Ogos 26, 2014 oleh .

LG G3 Stylus sebelum ini telah tertiris melalui video promosi khas daripada pihak LG. Kini, dengan IFA 2014 yang menjelang tiba, pihak LG secara rasminya telah pun mengumumkan peranti terbaru mereka tersebut yang mana turut hadir dengan sokongan stylus.

LG G3 Stylus

LG G3 Stylus menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan qHD, cip pemprosesan empat-teras 1.3GHz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan terbina 8GB yang boleh diperluaskan dengan slot mikro-SD, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 1.3-megapixel.

Beberapa aplikasi khusus turut melengkapkan peranti ini, termasuk salah satu yang baru adalah QuickMemo+ yang mana mengabungkan aplikasi QuickMemo, Memo dan Notebook pada satu untuk memudahkan pengguna mengambil nota dan berkongsi menggunakannya. Fungsi popular LG seperti Knock Code, Gesture Shoot dan sebagainya turut dikekalkan pada peranti ini.

Peranti yang menggunakan Android 4.4.2 KitKat ini bakal dipasarkan bermula bulan September ini dibeberapa negara terpilih. Ia tidak diketahui sama ada pihak LG akan memasarkannya di Malaysia ataupun tidak memandangkan mereka tidak memfokuskan negara kita, disamping masih tidak melancarkan sebarang produk baru daripada keluarga peranti mudah-alih untuk sekian lama.


TIPS & ULASAN