Uber Memulakan Perkhidmatan Percubaan Di Johor Bahru – Percuma Sehingga Penghujung Ogos

Uber Memulakan Perkhidmatan Percubaan Di Johor Bahru – Percuma Sehingga Penghujung Ogos

Diterbitkan pada Ogos 26, 2014 oleh .

Uber merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna membuat tempahan pemandu ke sesuatu lokasi menggunakan aplikasi mudah-alih. Baru-baru ini, mereka dilihat menerima beberapa komen daripada pemandu teksi, tetapi ia tidak menghentikan Uber dari terus memperluaskan perkhidmatan mereka.

Uber Johor

Selepas Kuala Lumpur, Uber dilihat sedang dalam proses untuk memperkenalkan perkhidmatan mereka di Johor Bahru. Buat masa ini, mereka telah memulakan ujian awal untuk perkhidmatan mereka, membolehkan mereka yang menetap di Johor Bahru untuk mencubanya.

Memandangkan ia masih lagi pada peringkat ujian, maka perkhidmatan Uber masih terhad di sekitar Johor Bahru. Namun, bagi anda yang berminat, boleh mencubanya secara percuma hari ini. Pihak Uber menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma sehingga 10 kali (terhad untuk sehingga RM25 untuk setiap kali) bagi pengguna yang menetap di Johor.

Promosi ini ditawarkan terhad sehingga 31 Ogos ini, dan mungkin kita akan dapat melihat pelancaran rasmi perkhidmatan tersebut selepas itu.

Muat-Turun Uber untuk Android

Muat-Turun Uber untuk iOS


TIPS & ULASAN