WeChat Kini Turut Dioptimasikan Untuk Digunakan Pada iPad

WeChat Kini Turut Dioptimasikan Untuk Digunakan Pada iPad

Diterbitkan pada Ogos 26, 2014 oleh .

WeChat sedia ditawarkan untuk platform iOS, dan baru-baru ini mereka telah memperkenalkan kemaskini WeChat 5.4 untuk iOS, yang mana sekaligus mengoptimasikan ia digunakan pada tablet Apple, iaitu iPad.

WeChat iPad

Memandangkan bukan semua iPad mempunyai kad-SIM tersendiri, pihak WeChat turut sama menawarkan sokongan untuk menghubungkan ia kepada telefon, sekaligus mengikuti mesej sama ada daripada skrin telefon ataupun tablet.

Disamping itu, pihak WeChat turut mengintegrasikan pembaca kod QR pada aplikasi berkenaan – dimana sekiranya anda menerima sebarang mesej berbentuk QR, anda tidak perlu mengimbasnya secara manual, sebaliknya boleh membukanya terus pada WeChat dengan mudah.

Bagi pengguna iOS, anda boleh mengemaskini aplikasi WeChat anda untuk versi terkini bagi menikmati beberapa fungsi baru yang dibawakan ini.

Muat-Turun WeChat untuk iOS


TIPS & ULASAN