Cari @ Amanz

Spotify sebelum ini telah menawarkan penstriman percuma yang disokong dengan iklan pada platform Android dan iOS. Kini, sokongan tersebut turut sama diperluaskan, dan pengguna Windows Phone 8 serta Windows Phone 8.1 turut boleh menikmati sokongan sama.

Spotify Free Windows Phone

Spotify Free Windows Phone

Untuk menikmati perkara ini, pengguna Spotify pada Windows Phone perlu mengemaskini aplikasi mereka, dimana melaluinya ia menyertakan sokongan untuk mengakses kesemua playlist yang telah dibuat oleh anda dan rakan-rakan anda, mendengar lagu daripada artis kegemaran anda, selain melayari dan mendengar lagu rawak bersesuaian dengan keadaan dan masa.

Selain versi percuma ini, pengguna turut boleh melanggan Spotify Premium yang mana menawarkan lagu mengikut pilihan pengguna, bebas iklan, dan turut menawarkan sokongan mengakses ia secara offline.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd