Chrome 64-bit Kini Diterbitkan Dalam Saluran Stabil Untuk Windows

Chrome 64-bit Kini Diterbitkan Dalam Saluran Stabil Untuk Windows

Diterbitkan pada Ogos 27, 2014 oleh .

Google Chrome LogoHari ini, Google telah mengemaskini saluran stabil Chrome dengan Chrome 37, dimana bersama-sama dengannya beberapa kemaskini baru disertakan. Salah satu yang menjadi fokus utama pada kemaskini tersebut adalah sokongan 64-bit untuk perisian Chrome di Windows.

Google sebelum ini telah memulakan ujian 64-bit pada saluran pembangun sejak bulan Jun yang lepas, dan kini selari dengan jadual pembangunan mereka, versi stabil dilancarkan.

Versi 64-bit ini menawarkan kepantasan dan sekuriti yang lebih baik untuk pengguna komputer Windows berasaskan sistem 64-bit.

Secara keseluruhan, Chrome 37 dikatakan membawakan beberapa kemaskini dari segi sekuriti, disamping turut dikatakan menyertakan beberapa API baru untuk aplikasi dan pemalam.

Bagi anda yang menggunakan Chrome, pelayar web anda akan dikemaskini secara automatik bermula hari ini.

Muat-Turun Chrome untuk desktop


TIPS & ULASAN