Apple Dikatakan Bakal Menyediakan iPad Bersaiz 12.9-inci Untuk Pengenalan Pada Awal 2015

Apple Dikatakan Bakal Menyediakan iPad Bersaiz 12.9-inci Untuk Pengenalan Pada Awal 2015

Diterbitkan pada Ogos 27, 2014 oleh .

Desas-desus berkenaan iPad bersaiz 12.9-inci bukanlah sesuatu yang baru. Kini, mengikut laporan pihak Bloomberg, Apple dikatakan sedang bersedia untuk mengeluarkan iPad bersaiz besar tersebut – dengan pengeluaran dijangka dimulakan pada suku pertama 2015 kelak.

Sekiranya ia benar, maka ia akan memperlihatkan Apple mempunyai sebanyak tiga saiz iPad berbeza – dimana termasuk iPad biasa bersaiz 9.7-inci dan juga iPad Mini bersaiz 7.9-inci.

iPad bersaiz besar ini juga mungkin akan ditujukan kepada pengguna perusahaan, yang mana selari dengan kerjasama yang diumumkan dengan pihak IBM baru-baru ini. Selain perusahaan, institusi pendidikan juga dijangka akan tertarik dengan tablet bersaiz besar ini.

Selain iPad bersaiz besar, pihak Apple turut dikatakan akan memperkenalkan iPhone dengan skrin bersaiz besar – iaitu pada saiz 4.7-inci dan juga 5.5-inci seawal bulan September ini.


TIPS & ULASAN