Picdeck – Aplikasi Berasaskan Web Seumpama Tweetdeck Untuk Instagram

Picdeck – Aplikasi Berasaskan Web Seumpama Tweetdeck Untuk Instagram

Diterbitkan pada Ogos 27, 2014 oleh .

Sekiranya anda merupakan salah seorang pengguna tegar Instagram, mungkin anda ingin menyemak kemaskini daripada ramai penggunanya setiap masa. Selain menggunakan aplikasi mudah-alih, kini sebuah perkhidmatan berasaskan web hadir dinamakan sebagai Picdeck.

Picdeck

Picdeck – seperti pada namanya, ia dilihat mengambil inspirasi pada Tweetdeck, dimana ia membawakan rekaan lebih kurang sama untuk memudahkan pengguna mengikuti kemaskini dari Instagram dengan mudah.

Selain daripada susur masa pada akaun sendiri, pengguna turut boleh menambah akaun pengguna lain untuk melihat kemaskini daripadanya, disamping turut menetapkan hashtag untuk diikuti.

Picdeck ini dilihat dibangunkan sebagai salah satu projek hackday, dan beberapa fungsi lain turut dijangka akan hadir – termasuk berkemungkinan sokongan memaparkan kemaskini berasaskan lokasi, dan juga mungkin sokongan multi-akaun.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba perkhidmatan ini dengan melayari laman PicDeck hari ini.

Layari : Picdeck


TIPS & ULASAN