Swing Copters Dikemaskini – Kini Lebih Mudah Untuk Memainkannya, Tetap Menyakitkan Hati

Swing Copters Dikemaskini – Kini Lebih Mudah Untuk Memainkannya, Tetap Menyakitkan Hati

Diterbitkan pada Ogos 27, 2014 oleh .

Swing Copters telah diterbitkan pada minggu lepas oleh pembangun Flappy Birds, namun kesukarannya membuatkan ramai yang tidak dapat skor mahupun satu mata. Kini, lanjutan daripada komen pengguna, pembangunnya telah mengemaskini permainan tersebut untuk menjadikan ia lebih mudah untuk dimainkan.

Swing Copters

Daripada apa yang dapat dilihat, kini jarak antara penghalang dilihat lebih jauh, disamping ia tidak bergerak laju seperti versi asal. Percubaan kami secara ringkas mendapati ia kini lebih mudah untuk dikawal, disamping boleh mendapatkan skor tinggi dengan mudah.

Bagi anda yang sedia memasangnya, boleh mengemaskini permainan tersebut, dan memainkannya dengan lebih mudah tanpa tekanan seperti versi asal.

Muat-Turun Swing Copters untuk iOS

Muat-Turun Swing Copters untuk Android


TIPS & ULASAN