Lumia CYAN Diperkenalkan Untuk Lumia 620, Lumia 720, Lumia 820 – Selesai Diperkenalkan Untuk Semua Lumia

Lumia CYAN Diperkenalkan Untuk Lumia 620, Lumia 720, Lumia 820 – Selesai Diperkenalkan Untuk Semua Lumia

Diterbitkan pada Ogos 27, 2014 oleh .

Microsoft hari ini telah mula memperkenalkan kemaskini Lumia CYAN untuk Nokia Lumia 620, Nokia Lumia 720 dan juga Nokia Lumia 820, sekaligus selesai memperkenalkan kemaskini yang menyertakan Windows Phone 8.1 untuk semua peranti yang disokong dibawah keluarga Nokia Lumia.

Melalui kemaskini ini, ia menyertakan beberapa perkara baru, termasuk antaranya adalah sokongan Action Center untuk melihat notifikasi terbaru, sokongan papan kekunci WordFlow untuk memudahkan anda menaip dengan pantas, kemudahan untuk mengubah dan mengawal lebih banyak perkara pada Live Tiles pada Start Screen, serta pelbagai sokongan lain. Pembantu maya Cortana juga turut boleh diaktifkan dengan mengubah tetapan ke negara Amerika Syarikat.

Bagi pengguna peranti Nokia Lumia, anda boleh mengemaskini peranti anda dan menggunakan fungsi-fungsi baru ini dengan ke Settings > Phone Update.

Baca : Pandang Pertama Windows Phone 8.1


TIPS & ULASAN