Cari @ Amanz

Seagate HDDSeagate yang merupakan salah satu penyedia pemacu cakera keras pada hari ini telah mengumumkan pemacu cakera keras dengan kapasiti yang terbesar pertama didunia, menawarkan kapasiti sebesar 8TB.

Pemacu cakera keras 8TB ini hadir pada saiz 3.5 inci yang biasa didapati di pasaran dan akan menggunakan satu bay sahaja pada kerangka komputer anda. Pemacu ini juga menggunakan sambungan SATA 6GB/s.

Pemacu cakera keras ini dijangka bakal hadir ke pasaran pada suku tahun yang seterusnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd