LuMee : Sarung Bercahaya Yang Memudahkan Anda Selfie Di Dalam Gelap

LuMee : Sarung Bercahaya Yang Memudahkan Anda Selfie Di Dalam Gelap

Diterbitkan pada Ogos 27, 2014 oleh .

Selfie mungkin diharamkan di beberapa pantai di Perancis kerana ia menjengkelkan pengunjung. Tetapi ini tidak menghalang produk yang membantu anda mengambil selfie dari mendapat sambutan orang ramai. Di Malaysia ribuan pengguna telefon pintar memiliki monopod yang memudahkan anda berselfie secara berkumpulan. Di Amerika Syarikat kini wujud sarung bercahaya yang diberi nama LuMee.

LuMee ialah sarung untuk  iPhone yang mempunyai lampu LED  pada bahagian tepinya. Apabila diaktifkan anda tidak perlu risau gambar selfie yang diambil anda akan kelihatan gelap. Ini adalah masalah utama mengambil selfie kerana majoriti kamera hadapan tidak mempunyai flash (kecuali anda menggunakan Oppo N1). LuMee dicipta oleh Alan Shoemake yang berasal dari New Jersey. Beliau bosan setiap kali ingin mengambil selfie di dalam rumah, gambar yang diambil gelap dan beliau terpaksa duduk di tepi tingkap bagi mendapatkan cahaya yang secukupnya untuk mengambil gambar. Buat masa ini LuMee hanya boleh digunakan oleh iPhone 5 dan 5S. Selain digunakan untuk berselfie, LuMee juga boleh digunakan sebagai lampu suluh ketika kecemasan. Setiap sarung LuMee dijual pada harga 39.95 Dollar sebuah

Glow_Alex_Final-1024x681

phoneImage

Sumber Lumee


TIPS & ULASAN