LG Gx2 – Telefon Pintar Berspesifikasi Pertengahan Dengan Sokongan Autofokus Laser

LG Gx2 – Telefon Pintar Berspesifikasi Pertengahan Dengan Sokongan Autofokus Laser

Diterbitkan pada Ogos 27, 2014 oleh .

LG sebelum ini telah memperkenalkan kamera dengan sokongan autofokus laser pada LG G3. Kini nampaknya mereka memperluaskan sokongan tersebut ke beberapa peranti lain, dimulakan dengan LG Gx2 yang telah diperkenalkan pada hari ini.

LG Gx2LG Gx2 merupakan kemaskini generasi kedua untuk keluarga Gx. Boleh dikatakan penamaan agak mengelirukan daripada pihak LG, memandangkan mereka sedia mempunyai peranti LG G2x yang telah diperkenalkan sekitar tahun 2011 yang lepas.

LG Gx2 membawakan skrin bersaiz 5.7-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, memori sebanyak 1.5GB RAM, dan ruangan storan 8GB. Untuk rakaman ia hadir dengan kamera 8-megapixel dengan sokongan rakaman autofokus berasaskan laser.

Seperti beberapa peranti LG lain, ia turut menyertakan beberapa aplikasi khusus daripada pihak LG pada peranti berasaskan Android ini.

Harga jualan peranti ini masih tidak diketahui lagi, dan bagi mereka yang bercadang untuk mendapatkannya mungkin perlu menantikan pihak penjual tempatan membawa masuk set jualan luar negara ke pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN