Cari @ Amanz

Pushbullet merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan pengguna melihat notifikasi dari peranti Android terus pada desktop mereka. Beberapa fungsi sedia ditambah oleh mereka dari hari ke hari, dan terkini mereka menyertakan sokongan untuk membalas SMS terus daripada desktop.

Pushbullet SMS

Fungsi ini bukan sesuatu yang baru, dimana pihak Pushbullet telah memperkenalkan sokongan tersebut untuk aplikasi EvolveSMS sebelum ini memandangkan ia memerlukan sebuah API khusus untuknya ketika itu. Kini, melalui kemaskini yang hadir, pihak Pushbullet membolehkan sokongan untuk membalas SMS terus pada desktop tanpa mengira sebarang jenis aplikasi.

Sebaik sahaja memasang aplikasi Pushbullet untuk Android dan pada Chrome, pengguna akan dapat melihat notifikasi SMS yang diterima pada desktop – bersama-sama sebuah butang Reply khas untuk membalas SMS. Sebaik sahaja klik pada butang Reply, ia akan membuka sebuah tetingkap kecil untuk anda menaip mesej anda dan membalas menggunakan desktop.

Bagi anda yang menggunakan Android, mungkin boleh mencuba Pushbullet hari ini, dan memudahkan anda membalas SMS terus daripada desktop.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd